Total Pageviews

Wednesday 5 March 2014

Pengalaman temuduga SPP...Fuhh!!

Assalamualaikum semua....baru ada semangat nak update blog kesayangan ni...hihihi...update plak pada hari jadi sendiri...baru lah rajin cikit...hehe..btw, hari ini genap lah usiaku 25 tahun uols...Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini...selamat ulangtahun kelahiran ye nani...wish untuk diri sendiri tak apa kan...di usia sebegini banyak pengalaman mematangkan diri ini..syukur dengan segala anugerah Allah kurniakan buatku mahupun apa-apa yang ada di sekelilingku...sesungguhnya semua ini hanyalah pinjaman dariMU ya Allah...terima kasih bt bffku dengan ucapannya..uols sentiasa ada di kala aku susah mahupun senang...syukur padaMu kerana menganugerahkan mereka untukku..tlg sedekahkan AL-FATIHAH buat sahabatku Solihah Abd Rahman yg telah kembali menemui Allah terlebih dahulu dari kami..Allah lebih sayangkan arwah...ucapan selamat malam yang terakhir akan aku ingat sampai bila-bila syg..segala kenangan antara kita akan aku pahatkan di hatiku sentiasa..Kami sentiasa rindukanmu sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi...Arwah meninggal pada hari maulidul Rasul iaitu 14 januari 2014 di bukit Tabuh..berita yang paling mengejutkan bagi aku dan teman-teman..semasa taip entri ni pun air mata  berlinangan..aku dan teman-teman yang lain meredhai pemergianmu syg...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan solehah..terima kasih juga bt sahabatku sejak dari sekolah lagi Radiah dan Wani dengan ucapan hari lahirku..ku menghargai ingatan kalian itu...semoga kalian berdua selamat melahirkan yerr...InsyaAllah ada kesempatan akan ku pergi ziarah baby kalian..tak sabar rasanya nak pegang baby..hihihi...doakan sahabatmu ini juga untuk merasai pengalaman seperti kalian menjadi seorang ibu..Amin2..

ok, dah 1 perenggan aku berceloteh tentang birthday aku kan..sekarang kita back pada tajuk entri yer..Syukur juga pada Yang Maha Esa kerana hampir setahun menunggu panggilan temuduga,akhirnya aku dan rakan-rakan dipanggil temuduga..aku ditemuduga pada 27 Februari 2014..yess,temuduga yang kedua dalam hidup aku selepas temuduga masa nak masuk universiti dulu..tapi best temuduga ni..satu pengalaman yang berharga buat diri ini..ok, aku nak citer dari A sampai Z ye..coretan aku ni adalah diari buat aku baca balik suatu hari nanti..kebetulan tempat temuduga aku dekat putrajaya..so orang paling excited bila aku dapat temuduga opkos lah mak ayah aku kan..dioranglah yang hantar aku...ari rabu dalam pukul 3.30ptg kami bertolak dari Terengganu dan sampai sana dalam pukul 8.30mlm..ok lah bergilir-gilir drive dengan ayah..sampai homestay jam 11.30mlm..pi jalan-jalan cari makan dulu dan cari tempat interview...waktu ni mood aku memang kelaut dah...aku tak tengok jalan dah..duk pakat telefon kawan-kawan interview hari rabu tu...malam tu toksah duk cerita lah..badan konpem letih bila sampai homestay,aku tak boleh tidur lak...adess..pusing kiri kanan tak boleh tidur jugak...last2 pukul 1 pg baru leh tidur, then terbangun lak pukul 2 pg..tidur balik terbangun lagi pukul 5 pagi...lepas tu konpem tak tidur-tidur dah...hati tak tenang..nampak tak gelisah dan nervous aku sampai tak boleh tidur...aduhaii....masa nak pegi tempat temuduga tu plak lagi lawak...walaupun pada malam sebelumnya abg aku dah tunjuk jalan,weols blh plak sesat..mak aku marah kat application wave ea lau tak silap aku..weols sesat tu pom dekat homestay kitaorang..2 kali pusing tempat sama..aduhai..kelakar tak kitaorang?hahaha..tapi waktu tu tak ada nya nak gelak...mood serius semuanya..aku masa tu buat dun know je..memang sedikit sebanyak effect juga emosi aku pada waktu tu...tapi aku cuba tenangkan diri sendiri jer..itu je mampu buat...Alhamdulillah,kami selamat sampai ke destinasi...hahaha

ni kisah waktu temuduga, alhamdulillah segalanya berjalan lancar...kami kumpulan kedua bagi bilik temuduga 2..ada 2 orang panel nama dia Pn. Azah(guru cemerlang) dan Datuk Seri Abd Rahman(pegawai Spp)..Alhamdulillah,syukur sangat-sangat dapat penemuduga yang baik..mula-mula masuk bilik kitaorang tak perkenalkan diri pom...direct pada soalan..kitaorang berlima,aku, 2 rakan aku dari UUM dan 2 orang budak UPSI..setiap orang dikemukakan soalan yang berbeza..3 soalan KBKK, 1 soalan berkaitan PPPM dan 1 soalan berkaitan kos iaitu:
1. Datuk Seri bagi 1 situasi jika aku sebagai orang kaya, ada keluarga miskin yang sedang sakit tenat mintak tolong...apa yang patut kamu lakukan?
2. Jika kamu sebagai guru baru yang ditempatkan di sebuah sekolah ,pengetuanya sentiasa melanggar disiplin..apa tindakan kamu?
3. Sebagai seorang pengetua yang baru ditempatkan di sebuah sekolah yang mempunyai prestasi yang sangat teruk, apakah tindakan kamu?
4. Berikan ulasan mengenai satu point aspirasi murid dalam PPPM?
5. Apakah cara kamu untuk menghabiskan silibus apabila berhadapan dengan murid yang tidak minat belajar?apa pendekatan yang akan kamu lakukan?

Alhamdulillah,segala-galanya dapat dijawab...sekarang aku dan rakan-rakanku hanya mampu bertawakal padaNYA...tolong doakan aku dan kawan-kawanku dapat posting yer..
itu ajelah pengalaman yang aku boleh kongsikan...entri ni tak ada gambar..sebab tak terpikir nak amik gambar pom waktu tu...masing-masing mood berdebar..hahaha..abis temuduga terus kami balik..hehe
Tapi benda yang aku tak sangka sekali aku ditemuduga oleh Timbalan Pengerusi SPP..kikiki..Alhamdulillah dia baik sangat...siap share pendapat dia lagi...hehe..moga kami lulus ye Datuk Seri....
macamlah Datuk Seri baca blog aku kan...tak apa..ada aku kisah...hehe..yang penting dah iv..lega yang teramat...tak dapat bayang dengan kata-kata..hihihi...
ok2,panjang lak entri ni..aku dah nak stop dah...
 
gambar ni ehsan dari pak cik google yer...


tolong doakan aku dan kawan-kawan aku lulus tau...terima kasih uols..
thanx for reading dear...hehe...assalamualaikum...

2 comments:

  1. tatkala aku membaca nukilan sahabat2 ahmad ammar dalam ccaa aku rasa kita ni mcm diorg, kehilangan sahabat yang dicintai, ibu ammar pula sprti ibu soly yang sgt redha dgn ketentuan ilahi...

    ReplyDelete
  2. yup...mak soly...cuba perlahan-lahan mnerima ketentuan ilahi...kte blh nmpak kan reaksi dia ritu...moga arwah tenang di sna...

    ReplyDelete